Untukmu Sahabat2


Salam...akhirnya dapat juga ana update blog ana ni yang penuh dengan sawang serta macam-macam serangga yang lain. Maaf la sebab dah lama tak update..Tak nak bagi alasan kenapa sebab nanti bila dah mula bagi alasan, macam-macam alasan yang lain datang.


Berbalik kepada tajuk ana ni yang berkaitan dengan sahabat...Maklumlah bila dah berpisah ni barulah rasa rindu pada semua. Ana tertarik dengan puisi yang ana baca ni...Nak kongsi dengan semua sahabat ana samaada sewaktu di sekolah, universiti atau di medan dakwah ini...khas untuk antunna (walau pun bukan ana yang tulis...huhuhu)....
Ya Allah,
Sahabat ana tak seperti sahabat Nabi saw,
Sahabat Nabi setia di sisi,
Sahabat ana datang dan pergi.
Ya Allah,
Ana muhasabah, menerawang sendiri,
Dari kecil ke saat ini,
Ramai sudah bertandang di hati,
Ramai juga yang datang dan pergi.
Ya Allah,
Sahabat ketawa, ana gembira,
Sahabat sayu, ana syahdu,
Sahabat layu, ana pilu,
Sahabat cemerlang, ana gemilang.
Ya Allah,
Kawan ana, sahabat ana,
Rahmati kami meniti usia,
Terpisah kami di alam nyata,
Temukan semula di taman syurga.
Ya Allah,
Sahabat ana, buah hati ana,
Mesra kami penawar duka,
Rindu kami menambah cinta,
Rajuk kami membuah ceria.
Ya Allah,
Silaturrahiim kami, ukhwah fillah,
Bermusuh kami, na`uzubillah,
Berpisah mati, insyaAllah,
Pengubat hati, do`a rabithah..
Mungkin apa yang kita boleh buat sekarang adalah berdoa untuk sahabat kita walau pun mereka berada jauh dari kita, tapi dekat sangat di hati kita. Doa rabithah amalkan selalu..bayangkan wajah-wajah sahabat kita. Semoga Allah sentiasa bersama-sama dengan kita dalam meneruskan perjuangan di dunia yang fana ini.
Selamat Berjuang SAHABATKU......!!!!