MARHABAN YA RAMADHAN


Assalamu'alaikum warahmatullah...

Marhaban ya Ramadhan, Bulan dimana nafas kita menjadi tasbih, tidur kita menjadi ibadah, amal kita diterima dan do'a kita di ijabah.

Dikesempatan ini ana ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak. Alhamdulillah Allah masih memilih kita untuk meraikan bulan Ramadhan yang mulia ini dalam keadaan yang selesa berbanding dengan saudara2 kita di Palestin dan di negara2 Islam yang lain yang mana masing2 menyambut kedatangan Ramadhan dalam keadaan atau suasana yang tidak seperti kita. Sama-samalah kita berdoa semoga Allah menguatkan semangat mereka untuk terus berjuang dalam menegakkan Shahadatul Haq ini dan begitu jugalah dengan kita.

Semoga dengan kedatangan Ramadhan kali ini kita dapat menyucikan hati masing2 yang selama ini dipenuhi dengan prasangka yang tidak baik, hasad dengki, dendam dan lain2 sifat mazmumah. Gunakanlah sebaik mungkin peluang yang Allah bagi pada kita untuk terus merebut ganjaran pahala dan untuk terus memperbaiki diri agar kita dapat menjadi hamba Allah yang soleh dan solehah kerana belum pasti lagi kita akan berpeluang untuk menyambut Ramadhan pada tahun hadapan. Maaf atas segala kekhilafan diri ini. Wallahua'lam.


Sedikit perkongsian dari ana........

Antara Persiapan2 Menjelang Ramadhan:

# Persediaan diri untuk berpuasa. Seminggu sebelum berpuasa kita dikehendaki mengurangkan kadar makanan kita dan lebihkan makan buah-buahan serta sayur-sayuran. Pastikan pembuangan air besar lawas.


# Memahirkan diri dengan segala rukun, sunat, harus, makruh yang berkaitan dengan puasa pada Ramadan, sunat tarawih dan lain-lain lagi.


# Membiasakan diri bangun pada sepertiga malam untuk bertahajud, mendekatkan diri pada Allah. Sebagai persediaan membiasakan tarawih dan tahajud pada Ramadan. Ramadan adalah bulan rukuk dan sujud.


# Memperuntukkan beberapa jumlah wang untuk dijadikan sedekah jariah dan zakat fitrah. Bagi mereka yang sudah akil baligh, maka belajarlah membayar zakat fitrah sendiri.


# Rancang strategi tersusun untuk memperbanyakkan hafalan, bacaan, tadabbur, tadarrus al-Quran.


# Melatih dan membentuk diri bersifat mahmudah, sifat terpuji seperti sabar, membanyakkan senyuman kepada sahabat dan kerabat. Merendam sifat mazmumah, sifat keji seperti memfitnah, mengumpat dan mengata orang. Kurang bercakap lagha(merapu), tidak berbahasa lucah, kotordan keji.


Oleh itu, dengan persediaan ini kita sematkan azam masing-masing untukmencantikkan dan sempurnakan amalanfardu yang wajib dan membanyakkan amalan sunat pada Ramadan. Insyaallah.