REMAJA KINI???????





Pada 25 Mac 2010, telah diadakan program khusus untuk pelajar-pelajar tingkatan 1 sekolah ana. Objektif program ni adalah untuk memberi pengetahuan serta memahirkan pelajar dalam soal yang berkaitan dengan solat. Program diadakan selama sehari. Semua perkara yang berkaitan dengan solat telah didedahkan kepada para pelajar. Bermula dari wuduk sehinggalah solat berjemaah dan lain-lain.


Sebenarnya, ibadah solat ini sudah sangat kritikal dikalangan remaja kita sekarang. Lafaz niat solat pun masih ada yang belum tahu walaupun sudah mencecah usia 14 tahun. Dulu perkara ni ana hanya dengar sahaja. Namun kini, ianya berlaku depan mata sendiri. Sedih…….sangat sedih …melihat keadaan iman serta aqidah para remaja masa kini. Apatah lagi apabila masing-masing tidak berminat untuk mempelajari ilmu agama.


Muslim @ muslim?????????


Sekali tengok macam tak ada perbezaan. Namun kedua kalimah ini mempunyai perbezaan yang sangat jauh. Pastinya mereka yang pernah mengikuti ISK sudah ‘hadam’ perkara ini. Remaja kita sekarang hanya muslim pada nama iaitu Muslim (kata nama), namun tidak dari sudut gerak kerjanya. Solatnya tidak, apatah lagi baca Al-Qurannya, sudah tentu tidak malah langsung tidak tahu membacanya.


Sewaktu sesi mengambil wuduk:

Pelajar1: “Dah siap ambil wuduk ustazah…

Ustazah: “Dah siap. Nape muka tak basah pun?”

Pelajar2: “Dia pakai product kat muka dia ustazah. Takut hilang make-up dia.”

Ustazah: “Amboi…saya tak kira, awak ambil wuduk awak. Muka kan rukun wuduk. Tak sah wuduk awak.”


Fakir-fikirkan lah…..dialog di atas bukanlah suatu rekaan, tetapi satu realiti yang benar berlaku. Sanggup pertahankan make-up daripada solat yang wajib. Astaghfirullah....


Ya Allah, tenatnya hambaMu kini, Ya Rasulullah, parah sudah umatmu kini….

Hanya kekuatan iman serta kesabaran yang sangat tinggi sahaja yang membolehkan ana untuk berhadapan dengan realiti ini.


Ya Allah,

Kurniakanlah hambaMu yang lemah ini kekuatan iman serta kesabaran yang tinggi untuk hamba terus thabat dijalanMu ini. Hamba lemah Ya Allah…Kadang-kadang tercabar juga kesabaran hambaMu ini apabila berhadapan dengan anak didik hamba yang sudah jauh hanyut dalam ombak jahiliyyah. Berikanlah hamba kekuatan untuk terus mendidik mereka menjadi hamba yang taat kepada perintahMu serta meninggalkan laranganMu. Engkau campakkanlah ke dalam hati mereka taufik serta hidayah Mu kerana hanya Engakau lah pemilik hati-hati kami.


Sebenarnya bukan mudah tugas sebagai murobbi ni. Sama-samalah kita berganding bahu dalam mengubati penyakit umat di akhir zaman ini di samping memperbaiki segala kelemahan yang ada pada diri kita. InsyaAllah.