BERAKHIRNYA SEBUAH KEHIDUPAN


Assalamu’alaikum..semoga kita sentiasa berada dalam keadaan iman yang masih lagi segar dan mantap. Sentiasa berusaha dalam memperbaiki diri dan memantapkan iman di hati dengan melakukan amal soleh kerana kita tidak tahu bilakah malaikat maut akan datang kepada kita dengan membawa perintah dari Yang Maha Esa untuk mengambil nyawa kita. Astaghfirullahal’azim….


11/12/2009, 4.00 petang….Sewaktu pin
tu bilik dibuka, ibu ana terus memberitahu tentang satu kemalangan maut yang meragut nyawa 4 orang. Ana bertanya…“sapa yang accident mak”..“kawan acik (panggilan kepada adik ana). Dia baru balik dari angkat nikah.”,sambung mak. Kiranya kemalangan itu berlaku sewaktu arwah bersama keluarga baru sahaja balik dari majlis angkat nikah di Anak Bukit Alor Setar. Innalillahi wa innailaihiraji’un. Antara yang terlibat dalam kemalangan tersebut ialah kedua ibu bapa arwah serta kawannya yang juga merupakan anak kepada kawan ayah ana.Cerita lanjut baca di sini

Apa yang ana bayangkan di sini adalah perasaan pengantin perempuan. Pada ana ujian ini sangat berat baginya kerana b
eliau baru sahaja bergelar isteri dalam tempoh 4 jam. Esok merupakan majlis kenduri kahwin di pihak perempuan dan pada hari ahad ini pula kenduri sebelah lelaki iaitu arwah. Namun ana yakin beliau (pengantin perempuan) merupakan seorang yang sangat kuat kerana Allah telah berfirman yang bermaksud:

“Dan Allah tidak membebani seseorang sesuai dengan kesanggupannya”
(Al Baqarah:286)

Berdasarkan cerita adik ana dengan isteri arwah, sememangnya beliau kelihatan tabah dalam menghadapi ujian ini. Apapun sama-samalah kita doakan semoga Allah memberi kekuatan kepadanya dalam menghadapi ujian dengan dengan redha dan tabah. Amin.



Berbalik kepada kemalangan, sebelum kemalangan berlaku arwah ada sms pada adik ana bertanyakan samada adik ana akan pergi ke kendurinya pada hari ahad ini. Sebab tu bila adik ana baca sahaja berita tentang kematian arwah di FB (facebook) terus dia menangis. Bayangkan baru dapat sms dan dalam sekelip mata dapat berita kematiannya. Subhanallah, inilah kuasa Allah. Dia mampu melakukan apa sahaja yang Dia kehendaki.

Firman Allah :
"Sesungguhnya keadaannya apabila Dia mengkehendaki sesuatu hanyalah berfirman : "Jadilah!" maka terjadilah ia."
(Surah Yasin: 82)

Tak tahu nak cakap macam mana. Tapi bagi ana dengan berita yang ana terima ini ana rasa ajal itu semakin dekat sangat. Tujuan ana berkongsi dalam blog ini supaya kita sama-sama sedar dari kealpaan kita bahawa maut boleh datang pada bila-bila masa sahaja sekarang ini (peringatan untuk diri sendiri). Kita tidak tahu berpa lama lagi kita boleh menikmati kehidupan di dunia yang fana ini. Apakah amal ibadah kita sudah cukup untuk dihitung di sana kelak????
Sama-samalah kita fikirkan. Wallahua’lam.


*******
Detik Kematian

Tertulis kematian
Pada suratan kehidupan
Namun hanya ALLAH yang tahu
Bilakah ajal bakal bertamu

Detiknya menghampiri
Tanpa petanda yang menanti
Bila tiba saatnya nanti
Tak siapa dapat melarikan diri

[C/O]
Itu hakikat dan kepastian
Hadirnya tidak pernah kita alukan
Tua dan muda, miskin dan kaya
Semua insan pasti melaluinya

Sakit dirasa tidak terkata
Tika dipisahkan jiwa dari jasadnya
Hanya amalan bisa redakan
Bebanan derita di ambang kematian

Denyutan nadi akhirnya terhenti
Bersama nafas yang tak terhela lagi
Kerana jiwa meninggalkan pergi
Pulang kembali untuk menghadap Ilahi

Dari ALLAH kita datang,
KepadaNya kita pasti pulang

Detiknya pasti tiba
Adakah kita bersedia?

LAGU:FRIZDAN
LIRIK :FRIZDAN
Album : Nur Insani
Munsyid : Inteam



4 comments:

an raihan said...

kita brkongsi rasa yg sama dd... rasa sedih sgt bila bc kisah sahabat adik awak tu di akhbar... lebih2 lg bila mengenangkan keadaan pengantin perempuan... moga Allah berikan ketabahan yg berganda kepada dirinya... alfatihah~

[Ab.ngah] said...

kedua-dua pengantin adalah mereka yang sama-sama berada dalam perjuangan. Insya Allah, mereka yang dalam perjuangan adalah mereka yang tabah dengan ujian Allah SWT. Moga Allah SWT mengurniakan ganjaran yang terbaik buat arwah dan keluarganya.

nurislam said...

betul kak, rasa sedih sgt..mlm tu ana n adik tak dapat tido..Amin,insyaAllah dia seorang yang tabah.

nurislam said...

ana baru dapat tahu yang arwah baru sahaja ikut usrah di Perlis.link: http://msmsheffield.wordpress.com/

Semoga arwah dan keluarga serta arwah Farhan ditempatkan bersama2 orang2 yang soleh.Amin..